LG Lancarkan LG PuriCare Tankless Water Purifier Dan PuriCare 360 Air Purifier Beri Kehidupan Lebih Berkualiti Di Kediaman Anda

2368
- Iklan -

LG hari ini telah melancarkan 2 model baharu di bawah jenamanya iaitu LG PuriCare Tankless Water Purifier dan PuriCare 360 Air Purifier yang pastinya memberikan kehidupan yang lebih berkualiti di kediaman anda.

Bagi LG PuriCare Tankless Water Purifier terdapat 2 varian iaitu Varian Ambient yang mana ia dijual pada harga RM3500. 1 lagi varian adalah Hot, Cold, Ambient pula hadir dengan 2 warna iaitu Putih dan Silver yang mana masing-masing dijual pada harga RM4700 dan RM5000.

Berikut adalah kelebihan yang dimiliki pada LG PuriCare Tankless Water Purifier:

  • Hadir dengan Total Service Care 1.2.3
  • 180 darjah rotating tap membolehkan anda menjimatkan ruang
  • Intuitive touch display smart diagnosis
  • Sambungan dengan SmartThinQ melalui WiFi
  • Menapis terus dari paip
  • Warna: Putih dan Silver
  • 10 tahun jaminan (waranti)

Dalam pada itu LG turut melancarkan PuriCare 360 Air Purifier yang pastinya memberikan kesegaran udara yang berkualiti kepada kediaman anda. Tersedia dalam 2 varian iaitu Single Booster yang mana ia dijual pada harga RM3800 bagi warna Putih dan RM4100 bagi warna Romantic Rose.

Bagi varian Double Booster pula, ia hadir dengan 2 warna yang sama juga iaitu Putih dan Romantic Rose yang mana masing-masing dijual pada harga RM5100 dan RM5400.

Berikut adalah keistimewaan PuriCare 360 Air Purifier ini:

  • Sambungan dengan SmartThinQ melalui WiFi
  • 360 darjah Total Care Filter System mampu menentang partikel mikro yang boleh menjejaskan kesihatan dan bau busuk
  • Clean Booster
  • Baby Care
  • 6 langkah penapisan
  • Warna: Putih dan Romantic Rose
  • 10 tahun jaminan (waranti)

Bersempena dengan majlis pelancaran ini, LG memberikan promosi hebat kepada pembeli. Bermula dari 11 Julai hingga 25 Ogos 2019. Anda boleh menyewa Water Purifier dan Air Purifier ini secara percuma selama 6 bulan.

Selain pameran dua produk ini tadi, LG turut mempamerkan barisan produk-produk lain bagi tahun 2019. Berikut adalah produk-produk tersebut:

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here