Lenovo Muncul Dengan Barisan Produk Baharu – Ketersediaan Pada Harga Bermula RM1799

426
- Iklan -

Lenovo Malaysia hari ini melancarkan barisan produk baru keluarannya untuk pasaran tempatan. Antara model-model yang diperkenal termasuk Lenovo IdeaPad S340, Lenovo IdeaPad C340, Lenovo IdeaPad S540, Lenovo IdeaPad L340 dan Lenovo IdeaCentre AIO A340.

Spesifikasi & Penawaran Harga :

1) Lenovo IdeaPad S340

Ini merupakan salah satu peranti yang diperkenalkan pada hari ini. Tampil dengan 3 varian dengan saiz paparan 15.6 inci FHD (1920 x 1080 piksel) TN 220nits , 15.6 inci FHD (1920 x 1080 piksel) TN250 nits dan 15.6 inci HD(1366 x 768 piksel) TN, 220 nits. Turut dikuasakan oleh Generasi ke-8 Intel Core i7-8265U dan grafik yang baik iaitu NVIDIA GeForce MX230. Harga peranti ini adalah RM2599.

  • Paparan: 15.6 inci FHD (1920 x 1080 piksel) TN, 220nits / 250 nits / 15.6 inci HD(1366 x 768 piksel) TN, 220 nits.
  • CPU :Generasi ke-8 Intel Core i7-8265U
  • Memori : 4GB DDR4 2400MB
  • Storan : 1TB HD 5400RPM
  • Kad grafik : NVIDIA GeForce MX230
  • Harga : RM2599

 

2) Lenovo IdeaPad C340

Tampil dengan rekaan yang sangat eksklusif. Ia dihadirkan dengan 14 inci FHD (1920 x 1080 piksel) IPS 250 nit dan dikuasakan oleh Generasi ke-5 Intel Core i5-8265U. Memori juga tidak mengecewakan apabila ia tampil  Sehingga 16GB DDR4 dan storan PCle SSD 256GB. Grafik juga tidak mengecewakan apabila hadir dengan Intel UHD Graphic 620 in processor NVIDIA GeForce MX 230. Peranti ini dijual pada harga RM2799.

  • Paparan: 14 inci FHD (1920 x 1080 piksel) IPS 250 nit
  • CPU : Generasi ke-5 Intel Core i5-8265U
  • Memori :Sehingga 16GB DDR4
  • Storan : PCle SSD 256GB
  • Kad grafik : Intel UHD Graphic 620 in processor NVIDIA GeForce MX 230
  • Harga : RM2799

 

3) Lenovo IdeaPad S540

Ini merupakan peranti yang sangat menarik daripada Lenovo. Tampil dengan paparan yang sangat menakjubkan iaitu 14 inci FHD (1920 x 1080 piksel) IPS Anti Glare. Ia turut dikuasakan oleh Intel Core i5-8765U dan hadir dengan memori 12GB DDR4. Jadi pastinya membuat anda tidak senang duduk untuk memilikinya. Peranti ini hadir dengan tanda harga RM3499.

  • Paparan: 14 inci FHD (1920 x 1080 piksel) IPS Anti Glare
  • CPU : Intel Core i5-8265U
  • Memori :12GB DDR4
  • Storan : Sehingga 512GB PCle SSD
  • Grafik: Intel UHD Grafik 620 In Processor NVIDIA GeForce MX 250
  • Harga : RM3499

 

4) Lenovo IdeaPad L340

Dihiasi rekaan yang menarik dan disertakan dengan inovasi terkini, Lenovo IdeaPad L340 pasti mampu memukau setiap mata yang memandang. Bukan itu sahaja, bahkan ia juga pasti membuatkan ramai tidak senang duduk untuk mendapatkannya kerana ditawarkan pada harga mampu milik. Lenovo IdeaPad L340 didatangkan dalam 15.6 inci bersama resolusi Full HD. Ia dikuasai CPU Intel generasi kesembilan dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050. Tanda harga bagi peranti ini adalah RM1799.

  • Paparan: 15.6 inci FHD (1920 x 1080)
  • CPU :Intel Core i5-9300H
  • Memori : Sehingga 16GB DDR4
  • Storan : 1TB
  • Kad grafik :Intel UHD Graphic 630 integrated NVIDIA GeForce GTX 1050
  • Harga :RM1799

 

5) Lenovo IdeaCentre AIO A340

Lenovo IdeaCentre AIO A340 adalah pilihan sesuai untuk mereka yang mempunyai ruangan kecil di rumah. Peranti ini sememangnya unik dan penuh dengan nilai rekaan tersendiri di mana kesemua komponen tersimpan padat di dalam kerangka kecil. Peranti ini tersedia dalam 23.8 inci dengan sokongan sesentuh.

Selain itu, ia juga tampil dengan pemproses sehingga Generasi ke-8 Intel® Core™ i5-9400T dan dipadankan dengan memori sehingga Sehingga 4GB DDR4 266 5ODIMM dan Sehingga  1TB HD 5400RPM 2.5HDD. Lenovo IdeaCentre AIO A340 ditawarkan pada harga RM2199.

  • Paparan:  23.8 inci FHD (1920 x 1080 piksel) touch screen
  • CPU : sehingga Generasi ke-8 Intel® Core™ i5-9400T
  • Memori :4GB DDR4 266 5ODIMM
  • Storan : 1TB HD 5400RPM 2.5HDD
  • Kad grafik : Sehingga 23.8 inci FHD (1920 x 1080 piksel) 16:9 WVA LED backlight
  • Harga : RM2199

Ketersediaan bermula SEKARANG! Tunggu apa lagi, dapatkan seunit dengan segera!

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here