Lakukan Semakan Kesihatan Kewangan Secara Percuma Menerusi Alat CreditScore Oleh iMoney

488
- Iklan -

Berita baik kepada sesiapa yang ingin merancang kewangan mereka. iMoney kini melancarkan alat skor kreditnya yang percuma dikenali sebagai CreditScore iMoney. Ia bertujuan memudahkan lebih ramai rakyat Malaysia menyemak skor kredit mereka dan mengambil langkah sewajarnya dalam meningkatkan kesihatan kewangan mereka.

Alat CreditScore iMoney boleh didapati di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Ia menawarkan kepada pengguna tentang gambaran ringkas dan percuma tentang kedudukan kewangan mereka. Nasihat peribadi turut diberikan tentang cara memperbaiki kesihatan kredit dan memperoleh penjimatan daripada produk kredit.

Pelancaran Alat CreditScore Bahasa Malaysia adalah inisiatif kepada keadaan kesihatan kewangan rakyat Malaysia. Secara puratanya, 4 daripada 10 pengguna CreditScore iMoney yang ingin memohon kad kredit atau pinjaman mempunyai skor Rendah hingga Wajar, menyebabkan mereka menghadapi cabaran apabila ingin memohon produk kredit pilihan mereka.

Mereka menggalakkan rakyat Malaysia untuk mendaftar dan menyemak skor kredit mereka secara berkala merupakan langkah pertama yang penting dalam membantu mereka memahami kesihatan kewangan mereka.

iMoney juga telah memperkenalkan #JomSkor, suatu kempen yang dibina di sekitar meter digital yang akan membuka kunci hadiah apabila pendaftaran CreditScore iMoney mencapai jumlah tertentu. Hadiah yang disediakan termasuk Apple iPad Air, Nintendo Switch, Charge Fitbit, e-baucar Lazada, e-baucar Tealive serta kemeja-T dan payung #JomSkor edisi terhad.

Bagi membantu pengguna, wakil iMoney akan berada di pelbagai lokasi bagi membantu dalam mendaftar untuk laporan CreditScore iMoney mereka. Mereka juga akan merancang untuk menyediakan bengkel dan latihan berkenaan kewangan peribadi.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut layari laman sesawang iMoney atau Facebook iMoney.

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here