LAGI!!! Gambar WhatsApp, Facebook & Instagram Alami Gangguan! Keep On Loading!

415

Facebook, WhatsApp dan Instagram kini mengalami gangguan sehinggakan ramai mula panik apabila tidak dapat mengikuti kemas kini terbaru pada platform berkenaan.

Antara masalah yang dihadapi adalah pengguna tidak dapat memuat naik sebarang posting termasuk foto di aplikasi Instagram.

Dalam pada itu, pengguna juga melaporkan bahawa kemas kini tertentu pada aplikasi Facebook tidak dapat dipaparkan.

Bagi aplikasi WhatsApp pula, fail termasuk foto Dan mesej suara tidak dapat dimuat turun dengan betul.

Ekoran itu, ramai pengguna meluahkan kekecewaan atas apa yang berlaku. Sehingga kini, masih belum ada sebarang kenyataan yang diterima berhubung masalah ini. Kami akan mengemaskini untuk update yang selanjutnya.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here