Keupayaan Gaming vivo NEX Yang Dipertingkat Dipaparkan Di PUBG MOBILE Club Open Global Finals 2019

530

vivo NEX yang kini dilengkapi dengan Multi-Turbo dan Turbo Mode terbaharu telah memacu 16 pasukan teratas Spring Split bagi PUBG MOBILE Club Open (PMCO) Global Finals 2019 yang berlangsung di Berlin dari 26 hingga 28 Julai. PMCO 2019 dibahagikan kepada 2 iaitu Spring dan Fall Split yang mana masing menawarkan hadiah bernilai sehingga USD2.5 juta.

Tidak dapat disangkal lagi bahawa vivo NEX sebuah peranti yang mengagumkan apabila hadir dengan skrin tanpa takuk dengan Ultra FullView Display. Peranti ini mencapai nisbah skrin ke kerangka 91.24%.

Hadir dengan Multi Turbo Engine ini membenarkan peranti ini mempamerkan prestasi gaming terbaik. Ia tampil dengan beberapa ciri seperti Game Turbo, Center Turbo, Cooling Turbo dan AI Turbo.

PMCO 2019 Spring Split yang bermula sejak Mac lalu dengan 30000 pasukan mengambil bahagian di serata dunia bagi peringkat kelayakkan.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai PMCO 2019, anda boleh melayari laman sesawang PUBG Mobile.

____________________________

Artikel Berkaitan:

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here