Kerjasama Digi Dan Bus Asia – Membangunkan Teknologi Pintar Pada Perkhidmatan Pengangkutan Di Sarawak

158
**********

Digi baru-baru ini telah mengumumkan jalinan kerjasama dengan Bus Asia (BA) pada Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak 2019 (IDECS 2019), selaras dengan matlamat Sarawak untuk meningkatkan mobiliti dan pengalaman pengguna dalam perkhidmatan pengangkutan.

Kerjasama ini membolehkan syarikat bas ekspres terbesar di Sarawak memastikan perjalanan yang lebih selamat dan sentiasa berhubung menerusi penggunaan teknologi pintar, antaranya pemilihan laluan pintar bersepadu, pengurusan aset digital dan penggunaan bas pintar dalam sistem pengangkutan di Sarawak.

Digi iFleet mampu menyalurkan matlumat semasa dan notis penting mengenai pergerakan kenderaan, sekaligus menawarkan kelebihan dalam merancang laluan yang lebih baik seterusnya meningkatkan pengalaman pelanggan. Di samping juga boleh memantau sikap pemanduan dan dalam masa yang sama memastikan keselamatan penumpang.

WiFi iFleet dikuasakan oleh sambungan berkelajuan tinggi Digi yang konsisten, rangkaian Digi di Sarawak merangkumi 77% liputan 4G LTE dan 54% liputan LTE-A. Dengan ini, BA menawarkan perkhidmatan sambungan tanpa wayar (WiFi) dan sistem penentu kedudukan global (GPS) Digi iFleet di dalam 26 buah bas.

Berikutan dengan kerjasama ini, 10,000 pelanggan Digi yang pertama yang menebus kod ganjaran BA pada aplikasi MyDigi dapat menikmati diskaun sebanyak RM10 bagi semua laluan BA. Untuk maklumat lanjut, sila layari iFleet.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here