HONOR Umum Kolaborasi HONOR Dan Permainan Perfect World, Beri Pengalaman Gaming Terbaik Kepada Pemain

183
**********

Jenama telefon pintar terkenal, HONOR Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama dengan game yang terkenal Perfect World Mobile (Malaysia & Singapore server) dalam memberikan pengalaman terbaik kepada pemain.

Kerjasama ini akan memperlihatkan hadiah eksklusif dan promosi akan diberikan kepada pemain yang akan diumumkan nanti. Kerjasama ini adalah bersempena dengan ulang tahun ke-5 HONOR. Ini merupakan sebahagian tanda apresiasi kepada sokongan peminat.

Buat masa ini, game ini belum lagi dilancarkan di Malaysia namun pra-tempahan Perfect World SG MY sudah boleh dilakukan. Belum ada lagi tarikh rasmi diumumkan, namun ia dijangkakan tidak lama lagi.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda bolehlah melayari laman sesawang rasmi HONOR, Facebook rasmi HONOR atau Facebook Perfect World SG MY.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here