HONOR Kini Lebar Sayap – Buka Cawangan Baru Di Mid Valley Megamall

566
- Iklan -

Jenama terkemuka dunia, HONOR kini terus meluaskan rangkaiannya dengan membuka cawangan terbaharu terletak di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur bertujuan meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah buat pengunjung.

Pembukaan cawangan baru ini pastinya menjanjikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengunjung. Ketua HONOR Malaysia, Zhao Zhiwei, berkata sedar tidak sedar masuk tahun ketiga HONOR membuka kedai pertama – demi memenuhi permintaan pengguna.

Katanya lagi, Malaysia akan terus menjadi rantau utama bagi HONOR dan sejujurnya mereka teruja dengan pelancaran kedai baharu tersebut kerana ia bersama-sama sertai sambutan ulang tahun ke-5 HONOR Malaysia.

Oh ya! HONOR kini hadir dengan tawaran hebat di mana mereka menawarkan ganjaran bernilai RM500 untuk setiap pembelian HONOR 20 – termasuk HONOR Backpack, HONOR SoundStone Portable Speaker Bluetooth dan HONOR Band 4.

Selain daripada itu, HONOR juga menawarkan promosi penjimatan sehingga RM500 untuk setiap pembelian peranti kegemaran ramai iaitu HONOR View20, HONOR 20 Lite dan HONOR 8X – hadiah istimewa termasuk selfie stick dan HONOR Backpack.

Bagi yang berminat, anda boleh layari Facebook HONOR Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai promosi menarik. Happy shopping gais & have a nice day! Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here