HONOR Band 5 Turut Diperkenal – Hadir Dengan Fungsi NFC Dan Dijual Pada harga Bermula Dari RM113

270

HONOR juga memperkenalkan peranti jam pintar terbaharunya yang dikenali sebagai HONOR Band 5. Yang dijual pada harga bermula dari RMB189(kira-kira RM113).

Jam ini pastinya tampil dengan spesifikasi yang menarik dan fungsi yang pelbagai. Ia dihadirkan dengan skrin warna 0.95 AMOLED, sokongan untuk paparan definisi tinggi.

Menariknya, ia mampu memberikan fungsi yang memantau paras tekanan oksigen khususnya bagi golongan tua.

Ia juga mampu mengesan kadar dengupan jantung selama 24 jam.

HONOR Band 5 bakal tersedia dalam 2 varian iaitu varian biasa dan varian NFC. Kedua-dua varian ini dijual pada harga RMB189(kira-kira RM113) dan RMB219(kira-kira RM131).

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here