GIGABYTE Turut Perkenal Barisan Produk Gaming Baharu – Ditawarkan Pada Harga Bemula RM4,999

300
**********

Seiring pelancaran barisan AERO 15 Classic, GIGABYTE Malaysia turut mengemas kini rangkaian produk gaming mereka dengan sejumlah penawaran model baru – AORUS 15, AORUS 5 dan AORUS 7.

Barisan produk ini dilihat membawakan penawaran spesifikasi menarik di samping prestasi yang lebih hebat. Lebih menarik, kesemua model juga dilengkapi siri kad grafik siri NVIDIA GeForce RTX dan GTX serta dikuasai pemproses Intel-Core generasi ke-9.

Antara model yang diperkenal termasuklah AORUS 15 SA FHD 144Hz, AORUS 15 WA FHD 114Hz, AORUS 15 XA FHD 240Hz, AORUS 5 NA FHD 114Hz, AORUS 7 NA FHD 144Hz dan AORUS 7 SA FHD 144Hz.

 

Spesifikasi dan penawaran harga jualan adalah seperti di bawah :

1) AORUS 15 SA FHD 144Hz

  • Paparan : 15.6 inci FHD, kadar segar semula 144Hz
  • CPU : Intel Core i7-9750H
  • Memori : DDR4 8GBx2
  • Storan : SSD 512GB
  • Kad grafik : NVIDIA GeForce GTX 1660Ti 6GB
  • Harga : RM6,399

 

2) AORUS 15 WA FHD 114Hz

  • Paparan : 15.6 inci FHD, kadar segar semula 144Hz
  • CPU : Intel Core i7-9750H
  • Memori : DDR4 8GBx2
  • Storan : SSD 512GB
  • Kad grafik : NVIDIA GeForce RTX 2060 6GB
  • Harga : RM6,899

 

3) AORUS 15 XA FHD 240Hz

  • Paparan : 15.6 inci FHD, kadar segar semula 240Hz
  • CPU : Intel Core i7-9750H
  • Memori : DDR4 8GBx2
  • Storan : SSD 512GB
  • Kad grafik : NVIDIA GeForce RTX 2070 8GB
  • Harga : RM8,899

 

4) AORUS 5 NA FHD 114Hz

  • Paparan : 15.6 inci FHD, kadar segar semula 144Hz
  • CPU : Intel Core i7-9750H
  • Memori : DDR4 8GBx1
  • Storan : SSD 256GB
  • Kad grafik : NVIDIA GeForce GTX 1660 4GB
  • Harga : RM4,999

 

5) AORUS 7 NA FHD 144Hz

  • Paparan : 17.3 inci FHD, kadar segar semula 144Hz
  • CPU : Intel Core i7-9750H
  • Memori : DDR4 8GBx1
  • Storan : SSD 256GB
  • Kad grafik : NVIDIA GeForce GTX 1660 4GB
  • Harga : RM5,199

 

6) AORUS 7 SA FHD 144Hz

  • Paparan : 17.3 inci FHD, kadar segar semula 144Hz
  • CPU : Intel Core i7-9750H
  • Memori : DDR4 8GBx2
  • Storan : SSD 256GB
  • Kad grafik : NVIDIA GeForce GTX 1660Ti 6GB
  • Harga : RM6,199

PRE- ORDER dibuka SEKARANG! Tunggu apa lagi, dapatkan satu dengan segera!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here