Gamuda Land Dan Maxis Bekerjasama Melaksanakan Bandar Lestari Pintar 5G

340
- Iklan -

Merintis ke arah pelaksanaan bandar yang bersedia untuk masa hadapan, pemaju terkenal Gamuda Land dan Maxis telah membentuk perkongsian strategik bagi mewujudkan bandar Maxis-5G untuk Gamuda Cove, pembangunan bandar terbaru Gamuda Land, apabila 5G dilancarkan di negara ini kelak.

Mengambil langkah-langkah progresif ke arah usaha transformatif, Gamuda Cove akan menjadi bandar 5G pada masa akan datang dengan persediaan infrastruktur dan perkhidmatan rangkaian 5G.

Gamuda Land juga akan bekerjasama dengan Maxis untuk menyediakan fiber di sebahagian kawasan Gamuda Cove dengan sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi, membuka lebih banyak kemungkinan untuk perkhidmatan digital pada komuniti setempat serta perniagaan.

Perkongsian ini bermula dengan kerjasama sebelumnya pada tahun 2018 di mana Maxis menyediakan pelan fiber MaxisOne Home yang disesuaikan untuk perbandaran Gamuda Land di Kota Kemuning.

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here