Elfira Loy Serikan Pelancaran OPPO Reno Edisi Sunset Rose

285
**********

Hi Ofans, korang dah sedia nak sambut kedatangan OPPO Reno Sunset Rose? Sedia maklum, edisi terhad ini bakal diperkenal secara rasmi pada 2 Julai 2019 (ESOK). Aha! Teruja tak?! Bagi menambah mood keriangan, OPPO turut menjemput pelakon , Elfira Loy untuk bersama-sama memeriahkan majlis pelancaran tersebut.

Diinspirasikan daripada spektrum warna matahari terbenam, mawar putih dan pelangi laut di pantai – edisi terhad dihasilkan bagi memenuhi permintaan individu yang mahukan sesuatu yang eksklusif sekaligus menjadi trendsetter. Nilai seni luar biasa yang dihasilkan pastinya menarik perhatian ramai.

Bagi yang berminat, OPPO Reno Sunset Rose telah dibuka untuk sesi pra-tempah dan boleh didapati menerusi beberapa saluran berbeza seperti OPPO Concept Store, pengedar sah OPPO, Lazada, dan Shopee. Peranti boleh diambil bermula 2 Julai (5PM) dan pelanggan bakal menerima waranti perlindungan selama satu tahun secara percuma bernilai RM238.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here