Earth Defence Force 5 Kini Tersedia Di Steam – Nikmati Promosi Sehingga 20% Mulai Sekarang Sehingga 19 Julai

576
- Iklan -

Berita baik buat kaki game. Kini Earth Defence Force 5 sudah tersedia bagi versi PC. Pemain boleh bermain permainan ini menerusi Steam dan dijual pada harga RM95.

Bersempena dengan ketibaan game ini bagi versi PC, D3 Publisher telah mengumumkan jualan promosi bagi permainan ini. Sebanyak 20% diskaun diberikan iaitu pada harga RM76 bermula dari sekarang sehingga 19 Julai 2019.

Potongan harga ini turut ditawarkan kepada DLC bagi permainan yang secara keseluruhan mempunyai 18 barangan.

Untuk maklumat, permainan ini telah dikeluarkan bagi versi PlayStation 4 pada hujung tahun lepas.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here