DC Universe Online Bakal Muncul Di Konsol Switch Pada 6 Ogos Ini?

371

Ini ada berita baik buat peminat adiwira dari komik DC. Ketika acara Comic Con yang berlangsung baru-baru ini, DC mengumumkan akan melancarkan permainan DC Universe Online di konsol Switch pada 6 Ogos 2019. Menariknya permainan atas talian ini adalah percuma.

Seperti yang diketahui, DC Universe Online merupakan permainan MMO atas talian. Beberapa watak DC yang popular seperti Batman dan Superman turut hadir dalam permainan ini. Secara totalnya, sebanyak 300 watak adiwira DC. Hadir dengan 30 episod kandungan permainan.

Permainan ini dibangunkan oleh Daybreak Game Company. Antara elemen yang menyeronokkan dalam permainan ini ialah apabila anda boleh menghasilkan sendiri adiwira dan melawan penjahat mahupun adiwira yang lain.

Sama-sama kita nantikan ya!!!

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here