Canon Perkenal iNSPiC [S] & iNSPiC [C] Untuk Pasaran Tempatan – Harga Jualan Bermula RM499

833
- Iklan -

Canon kini muncul dengan dua produk baharu di bawah keluarga Mini Photo Printer iaitu iNSPiC [S] dan iNSPiC [C]. Kedua-dua produk ini tampil dalam rekaan lebih kompak dan menarik sekaligus berjaya menarik perhatian ramai.

iNSPiC [S] dan iNSPiC [C] membolehkan pengguna menangkap dan mencetak foto dalam satu masa yang sama. Selain itu, pengguna juga boleh mencetak semula foto menerusi fungsi blutooth pada smartphone.

 

iNSPiC [S]

iNSPiC [S] hadir dalam tiga pilihan warna – Pearl White, Matte Black dan Rose Gold. Ia dibina dengan lensa sebesar 8MP dan menghasilkan foto bersaiz 2 x 3 inci. Selain itu, ia juga didatangkan dengan ketersediaan auto-flash – membolehkan pengguna mengambil gambar dalam gelap dengan sempurna. iNSPiC [S] turut dilengkapi slot Micro SD yang menyokong kapasiti kad sehingga 256GB.

 

iNSPiC [C]

iNSPiC [C] didatangkan dalam tiga pilihan warna – Bubble Gum Pink, Bumble Bee Yellow dan Blue Seaside. Ia didatangkan dengan lensa sebesar 5MP dan selfie mirror terletak bersebelahan kamera bagi memudahkan pengguna mengambil selfie tanpa masalah. Sama seperti iNSPiC [S], model ini juga menghasilkan foto bersaiz 2 x 3 inci dan juga disertakan ketersediaan auto-flash.

Bagi yang berminat, iNSPiC [S] ditawarkan pada harga RM699. Manakala untuk iNSPiC [C] pula dijual pada RM499. Ketersediaan bermula sekarang. Anda juga boleh muat turun aplikasi Mini Photo Print di App Store dan Play Store.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here