[BOCOR] : Imej Reka Bentuk Penuh Samsung Galaxy Watch Active 2 Muncul Di Media Sosial

467
**********

Berita ketirisan mengenai Samsung Galaxy Watch Active 2 terus membanjiri media sosial. Terkini, imej pengolokan rasmi Samsung Galaxy Watch Active 2 telah bocor meluas – sekaligus mendedahkan reka bentuk penuh jam pintar berkenaan.

Imej bocor mendedahkan Samsung Galaxy Watch Active 2 kelihatan sangat mirip dengan generasi sebelum ini – Samsung Galaxy Watch Active. Pun begitu, ia bukan satu hal yang mengejutkan kerana ia merupakan penerus legasi untuk peranti berkenaan.

Desas desus sebelum ini mendedahkan Samsung Galaxy Watch Active 2 dijangka didatangkan dalam dua versi – 40mm dan 44mm. Selain itu, binaan badan diperbuat daripada logam yang bulat bersama ketersediaan 2 butang kawalan pada sisi peranti. Bukan itu sahaja, ia juga dijangka membawakan fungsi yang disertakan pada Apple Watch 4 – sokongan ECG dan pengesanan jatuh.

[ BACA : Samsung Galaxy Watch Active 2 Bakal Disertakan Sokongan ECG & Pengesanan Jatuh]

Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum dipastikan kesahihannya. Samsung bakal melancarkan siri Galaxy Note 10 pada 7 Ogos kelak – mungkin kita juga bakal melihat kemunculan jam pintar ini pada majlis yang sama? Stay tuned!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here