Samsung Galaxy A80 Berharga RM2,499 – 1000 Pembeli Terawal Dapat Pakej BlackPink Special Edition!

564
**********

Samsung hari ini mengumumkan secara rasmi ketibaan Galaxy A80 di pasaran Malaysia. Peranti ini dijual pada harga RM2,499.

Bagi 1000 pembeli pertama peranti ini akan menerima pakej BlackPink special edition (case, stand dan kad gambar serta Galaxy Fit bernilai RM818) secara percuma.

Menariknya, ia dihadirkan dengan skrin bersaiz 6.7 inci dan dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 730. Turut dihadirkan dengan 8GB RAM dan 128GB storan.

Satu keunikkan yang terdapat pada peranti ini adalah pada kameranya yang boleh berputar. Hadir kamera belakang boleh dijadikan kamera hadapan. Disertakan dengan sistem tri-kamera iaitu 48MP + 8MP (Ultra Lebar) + ToF.

Dari aspek kapasiti bateri juga tidak mengecewakan apabila hadir dengan 3,700mAh dan disertakan dengan pengecasan pantas 25W.

Tampil dengan 3 pilihan warna iaitu Phantom Black, Angel Gold, Ghost White.

Galaxy A80 ini boleh didapati di ke semua Samsung Experience Stores dan kedai atas talian Samsung Malaysia.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda bolehlah melayari laman sesawang Samsung atau klik di sini.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here