- Iklan -

Sebut sahaja mengenai Samsung pastinya semua orang sedar akan kemampuan dan prestasi yang menakjubkan daripada rangkaian peranti – perantinya. Justeru peranti terbaharu Samsung Galaxy A80 juga tidak terkecuali dalam mempamerkan prestasi yang menakjubkan yang sekaligus berbaloi untuk dibeli. Berikut adalah 5 sebab kenapa Samsung Galaxy A80 berbaloi untuk dibeli!

1# Rekaan Yang Eksklusif

Sekali pandang sahaja sudah dapat kita rasakan nilai eksklusif dari segi rekaannya. Rekaan peranti ini dihadirkan dengan kemasan yang kemas dan premium. Disertakan dengan kemasan bingkai besi di bahagian tepi telefon ini membuatkan ia tampak lebih unggul.  Bahagian panel kaca di belakang yang melengkung memberikan keselesaan ketika anda memegangnya. Fuh!!! anda boleh buat teman anda cemburu laaa.

2# Paparan Yang Superb!!

Seperti yang diketahui, peranti ini tampil dengan saiz skrin yang sangat besar iaitu 6.7 inci FHD+ SAMOLED, HDR10. Pastinya ia menjanjikan tontonan yang lebih luas. Lebih menarik, telefon ini dihadirkan dengan sistem kamera pop-putar yang secara langsung memberikan skrin bersaiz penuh tanpa ada sebarang takuk atau kamera pada skrin. Dengan warna yang terhasil serta grafik yang menarik disebabkan oleh Adreno 618, ia menambahkan lagi rencah bagi kepuasan tontonan ini.

 

3# Kamera Unik Pamer Prestasi Menakjubkan

Jika dilihat dari luaran sahaja sudah kita tahu bahawa peranti ini tampil dengan keunikan yang tersendiri khususnya pada kameranya. Dihadirkan dengan sistem pop-putar bagi kameranya membuatkan ia mendapat sentuhan eksklusif dari segi rekaan yang inovatif. Peranti ini tampil dengan kamera 48MP (f/2.0) + 8MP (f/2.2) + TOF.

Justeru, disebabkan kamera yang boleh berputar, hasil gambar yang terbaik boleh dihasilkan sama ada bagi kamera belakang mahupun ketika anda sedang merakam gambar swafoto. kualiti yang dipamerkan sangat baik.

4# Pengalaman Gaming Yang Awesome!!!

Skrin yang besar, grafik yang baik dan kawalan yang lancar adalah kunci kepada kepuasan ketika bermain permainan mudah alih. Ketiga-tiga aspek ini boleh ditemui pada peranti Samsung Galaxy A80. Dengan skrin bersain 6.7 inci, GPU Adreno 618 dan kawalan yang lancar memberikan pengalaman yang baik ketika anda bermain game menggunakan peranti ini.

5# Bateri Tahan Lama!

Samsung Galaxy A80 hadir dengan bateri sebesar 3700mAh. Anda boleh menggunakan peranti ini seharian dengan sekali cas sahaja kerana ia mempunyai daya tahan bateri yang sangat baik. Turut dihadirkan dengan pengecasan pantas 25W yang mampu mengecas peranti ini dengan sangat pantas. Ia sekaligus menjimatkan masa anda.

_____________________________

Artikel Berkaitan:

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here