Xiaomi Mi 9T Bakal Dilancarkan Pada 12 Jun – Pasaran Malaysia Telah Melepasi Kelulusan SIRIM!

511
**********

Peranti flagship siri Redmi K20 baru sahaja dirasmikan di pasaran China, dan kini pihak Xiaomi turut mengemaskini twitter mereka dengan mengesahkan ketibaan Mi 9T versi antarabangsa pada 12 Jun 2019 ini.

________________

Baca Juga:

Menerusi Twitter Xiaomi, Mi 9T merupakan peranti yang hadir dengan kamera utama 48MP, kapasiti bateri 4,000mAh dan dijana cip pemproses Snapdragon. Lebih menarik, Mi 9T juga mempunyai port audio 3.5mm yang sentiasa digemari peminat muzik.

Walaupun masih tidak banya lagi spesifikasi yang tidak diketahui, namun peminat Malaysia dipercayai boleh memiliki peranti ini dalam jangka waktu yang tersingkat kerana Mi 9T telah melepasi kelulusan SIRIM.

Adakah ia akan dilancarkan serentak pada 12 Jun nanti? Kita nantikan pengumuman rasmi dari Xiaomi Malaysia.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here