WWDC 2019: watchOS 6 Memperlihatkan App Store, Watchfaces & Aplikasi Baharu

324
**********

Dalam WWDC 2019 ini, Apple telah membawa satu pembaharuan pada watchOS 6 iaitu sokongan App Store padanya. Kini pengguna Apple Watch boleh terus memuat turun aplikasi tanpa melalui iPhone anda.

Selain kehadiran App Store secara tunggal, watchOS juga menambah beberapa wajah baharu yang lebih menyerlahkan reka bentuk grafik dalam Apple Watch, sekaligus menambah lebih banyak informasi berbanding reka bentuk terdahulu.

Dalam acara ini Apple juga telah menambah beberapa aplikasi baharu untuk watchOS, antaranya kalkulator, Audiobooks dan Voice Memos. Sentiasa memantau kesihatan pengguna adalah matlamat utama Apple Watch, jadi ciri baharu yang mampu memantau kesihatan pendengaran dalam persekitaran bising telahpun disediakan pada OS baharu ini.

 

Terdapat satu lagi ciri baharu iaitu Cycle Tracking, iaitu penjejakan kitaran haid, yang akan membolehkan wanita memantau kitaran mereka sekaligus mendapat pemberitahuan mengenai tahap kesuburan mereka.

watchOS 6 akan diedarkan dalam bentuk beta bagi developers pada minggu ini, semetara versi rasmi akan dilancarkan pada musim luruh ini.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here