WWDC 2019: Kemas Kini iOS 13 Lebih Pada Prestasi, Mod Gelap Akhirnya Rasmi!

616
- Iklan -

iOS 13 merupakan watak utama dalam acara tahunan WWDC, tahun ini sebilangan kemas kini telah diperkenalkan di samping prestasi serta kecekapan sistem turut menjadi taruhan.

Menurut Tim Cook, iOS 13 mampu membuka aplikasi dua kali lebih pantas berbanding versi sebelumnya. Prestasi kecekapan ini juga memperlihatkan pada saiz aplikasi yang dapat dikurangkan sehingga 50%, di samping menyahkunci Face ID juga 30% lebih pantas berbanding sebelumnya.

Fokus utama iOS 13 adalah kehadiran Mod Gelap (Dark Mode) yang diheboh-hebohkan sebelum ini, ia menyokong secara menyeluruh pada aplikasi terbina-dalam peranti.

Penggunaan tema gelap ini mampu menjimatkan tenaga bateri sekaligus menawarkan penglihatan yang lebih selesa kepada mata anda.

Kemas kini lain termasuk juga ciri “Look Around” pada Apple Maps, di mana ciri ini akan memaparkan gambar lokasi 360̊ seumpana Google Street View.

Seterusnya adalah pembaharuan pada Memoji, di mana iOS 13 tersedia dengan pelbagai pilihan seperti warna gincu, gigi, topi, warna rambut dan banyak lagi.

Tambah lagi keseronokan dengan adanya Memoji Stickers, anda boleh menggunakan memoji sebagai stickers dalam aplikasi WhatsApp atau WeChat.

Mod potret dalam aplikasi kamera mempunyai kesan pencahayaan baharu yang dapat meningkatkan keamatan cahaya, di samping itu suntingan gambar tampil lebih mudah hanya meleret di paparan skrin sahaja.

Sokongan iOS 13 pada AirPods membolehkan anda membalas mesej secara serta merta melalui Siri, sesuai untuk sebarang aplikasi pemesejan yang menyokong SiriKit. Pada masa yang sama, AirPods juga boleh berkongsi audio ke peranti pintar lain, sangat mudah!

Satu lagi ciri menarik yang amat diperlukan pada masa kini iaitu “Sign in with Apple”, dengan pengenalan ciri baharu ini keselamatan privasi anda dapat terjamin kerana anda boleh menyembunyikan emel asal dan menggunakan alamat emel rawak yang dijana oleh sistem.

Buat masa ini, iOS 13 versi pembangunan boleh digunakan oleh para pembangun. Sementara versi rasmi dijangka akan dikeluarkan pada September nanti.

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here