Wiko View3 & Wiko View3 Lite Kini Ditawarkan Di Pasaran Tempatan – Harga Bermula RM449!

539
**********

Wiko terkenal dengan penawaran peranti pintar pada kadar harga mampu milik dan sangat berpatutan. Terkini, Wiko muncul dengan siri terbaru baru mereka iaitu Wiko View3 dan Wiko View3 Lite untuk pasaran tempatan.

Wiko View3 membawakan skrin 6.26″ dengan resolusi HD+ bersama takuk kecil. Enjin dalaman menggunakan pemproses MediaTek Helio P22 dan dibantu memori 3GB RAM + 32GB ROM (MicroSD hingga 256GB). Untuk kamera, Wiko View 3 mempunyai tiga kamera utama : 13MP + 12MP + 2MP dan kamera swafoto : 8MP. Melengkapinya, bateri 4,000 mAh.

Wiko View3 Lite pula, peranti ini menggunakan paparan bersaiz 6.09″ HD+ bersama cip pemproses Unisoc Octa-Core 1.6GHz. Melengkapinya adalah memori 2GB RAM + 32GB ROM (MicroSD hingga 128GB) dan bateri berkapasiti 4,000 mAh. Kamera utama dalah 13MP + 2MP dan kamera hadapan pula 5MP.

Tersedia secara eksklusif di Lazada, Wiko View3 ditawarkan pada harga RM599 dan Wiko View3 Lite pula dijual pada RM449. Menambah keriangan ramai, Wiko kini hadir dengan penawaran hebat untuk kedua-dua peranti ini yang boleh dimiliki pada harga lebih rendah!

Wiko View3 boleh didapati pada harga RM489 (Harga asal : RM599) pada HARI INI – 13 Jun 2019. Manakala, Wiko View3 Lite pula boleh dimiliki pada harga RM369 (Harga asal : RM449) bermula 14-16 Jun 2019. Penghantaran adalah percuma untuk setiap pembelian dan didatangkan bersama bonus tambahan Wiko.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here