WhatsApp Sedang Menguji Ciri Perkongsian Status Ke Facebook

Menurut laporan dari The Verge, WhatsApp sedang menguji ciri baharu mereka, yang membolehkan pengguna berkongsi status dari WhatsApp ke Facebook atau aplikasi yang lain seperti Instagram, Gmail dan Google Photos.

Ciri perkongsian status ini walaupun akan memudahkan pengguna WhatsApp, tetapi ramai juga yang akan risau bahawa privasi serta keselamatan data akan terdedah secara tidak sengaja. Apa yang boleh dipercayai, pihak WhatsApp akan lebih mengawasi soal keselamatan pengguna mereka.

Status WhatsApp adalah ciri Stories dalam Instagram yang membolehkan anda berkongsi gambar, teks dan video pada profil anda, dan ia akan hilang dalam masa 24 jam.

 

You might also like