vivo Perkenalkan Inovasi 5G, vivo AR Glass & Super FlashCharge 120W Di MWC 2019 Shanghai

581
**********

vivo hari ini telah memperkenalkan inovasi terunggul milik mereka di acara MWC 2019 Shanghai, sebagai sebahagian daripada strategi baharu untuk menyampaikan pengalaman mudah alih yang lebih kaya dalam era 5G, beberapa peranti pintar dan aksesori 5G telah dipersembakan dalam acara tersebut.

Yang pertama adalah vivo NEX 5G, peranti flagship 5G yang dikuasakan dengan Snapdragon 855 dan akan tersedia pada suku ketiga 2019. Dalam pada itu, vivo juga memperkenalkan perkhidmatan 5G antaranya 5G Cloud Game, 5G Screen Mirroring dan juga 5G EasyShare.

Selain itu, kaca mata pintar AR Glass yang dilaporkan sebelum ini juga diperlihatkan dalam pameran tersebut. Anda boleh menggunakan pelbagai aplikasi seperti pejabat mudah alih, permainan AR, video 3D berdefinisi tinggi, pengecaman muka dan pengecaman objek di vivo AR Glass.

Cara penggunaan vivo AR Glass ini adalah peranti pintar 5G akan bertindak sebagai alat kawalan yang membolehkan anda menukar dan memilih aplikasi, contohnya ketika bermain permainan, peranti pintar menjadi konsol utama, sebaliknya akan menjadi papan kekunci apabila tetapan pejabat diaktifkan.

Akhir sekali adalah teknologi vivo Super FlashCharge 120W, satu inovasi yang sungguh ke depan dari vivo. Pengecasan pantas ini hanya mengambil masa 5 minit untuk mengecas bateri berkapasiti 4,000mAh dari 0 hingga 50%, dan isian penuh hanya memerlukan 13 minit! Super FlashCharge 120W mempunyai kuasa 120W ultra tinggi (20V / 6A), dengan sokonga USB Type-C.

Buat masa ini masih tidak ketahui maklumat selanjutnya, kita nantikan perkembangan seterusnya dari vivo.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here