[Ura-Ura] : Samsung Galaxy Note 10 Dijangka Sokong Pembesar Suara Dalam Skrin?

249
**********

Semakin hari semakin banyak berita ketirisan berkaitan Samsung Galaxy Note 10 menjengah ke media sosial. Terbaru, muncul satu lagi desas-desus mengatakan model tersebut bakal membawakan fungsi pembesar suara terbina dalam skrin atau dikenali sebagai Sound on Display (SoD).

Sumber berkata, spekulasi diperkuatkan lagi selepas hadirnya maklumat tertiris mendedahkan pelindung skrin model tersebut. Jika diteliti, tiada sebarang pembesar suara pada dahi paparan skrin – bermakna teknologi SoD bakal menggantikan pembesar suara tradisional.

Pun begitu, segala maklumat tertiris hanyalah ‘rumors’ dan masih tidak diketahui mengenai kesahihannya. Apa-apapun sama-sama kita tunggu tuan empunya badan sendiri muncul.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here