[Ura-Ura] : HUAWEI Mungkin ‘Pisahkan’ Siri Nova – Bakal Jadi Sub Jenama Baru?

656
**********

Media sosial kini dibanjiri berita mengenai HUAWEI didakwa bakal memisahkan siri Nova sebagai sebuah sub-jenama berasingan. Dakwaan ini diperkuatkan lagi apabila terdapat desas-desus ‘bertiup’ mengatakan HUAWEI telah muncul dengan akaun Weibo baru yang didaftarkan menggunakan nama “Nova”.

Tidak terhenti di situ, memetik maklumat tersebar HUAWEI juga didakwa telah memperlihatkan logo baru untuk siri tersebut – terdapat perubahan daripada segi penulisan dan terdapat sumber berkata, ia mungkin menggunakan strategi yang berbeza kelak.

Pun begitu, perkara ini masih rumors dan belum diketahui kesahihannya. Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh HUAWEI berhubung perkara ini. Sama-sama kita tunggu penjelasan daripada tuan empunya badan.

[SUMBER]

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here