[Ura-Ura] : HUAWEI Hadir Dengan Paten Baru Untuk Peranti Boleh Lipat?

300
**********

Kehadiran HUAWEI Mate X ternyata berjaya mendapat sambutan menggalakkan dan menjadikan orang ramai tidak henti-henti bercakap mengenainya. Pun begitu, pelancaran peranti tersebut telah ditangguhkan ke bulan September atas alasan untuk ujian tambahan.

Walau bagaimanapun, syarikat gergasi itu tidak berdiam diri sebaliknya terdapat maklumat tertiris mengatakan mereka dalam persediaan penghasilan pewaris baru untuk peranti boleh lipat.  Imej tersebar memaparkan paten ini menunjukkan rekaan yang ditambahbaik – bahagian luar peranti boleh dilipat ke dalam. Selain itu, ia dilihat tidak memiliki sebarang rekaan bingkai pada bahagian sisi.

Seperti biasa, maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui kesahihannya. Mungkin kita akan mendengar lebih banyak berita tertiris mengenainya pada masa akan datang? Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here