[Ura-Ura] : Adakah Ini Gambaran Sebenar HUAWEI Nova 5 Pro?!

400
- Iklan -

Menjelang pelancaran rasmi, banyak berita ketirisan berkaitan Siri HUAWEI Nova 5 dilihat berlegar-legar di arena web. Terbaru, muncul pula beberapa imej yang didakwa memberi gambaran sebenar mengenai peranti berkenaan.

Kebocoran maklumat sebelum ini mendedahkan peranti ini dijangka tersedia dalam beberapa edisi warna yang menarik seperti Green, Purple, Black dan Orange. Dua daripada warna tersebut dikatakan telah muncul di laman Weibo.

Memetik imej tersebar, HUAWEI Nova 5 Pro dijangka mempunyai ketersediaan takuk kecil pada paparan hadapan. Bahagian belakang peranti kelihatan seperti diperbuat daripada kaca dan tiada pengimbas cap jari fizikal.

Selaim itu, HUAWEI Nova 5 Pro bakal membawakan persediaan empat kamera utama disusun secara vertikal pada sudut kiri – Tiga lensa dalam satu rumahh dan satu lensa berkedudukan berasingan. Tiada ketersediaan pengimbas cap jari fizikal kelihatan.

Salah satu imej tersebar menunjukkan pengecas peranti. Teks pada pengecas tidak dapat dilihat dengan jelas. Pun begitu, pensijilan 3C sebelum ini ada mendedahkan bahawa HUAWEI Nova 5 Pro bakal didatangkan dengan pengecasan pantas 40W.

Pun begitu, segala maklumat tertiris hanyalah ‘rumors’ sahaja dan masih tidak diketahui mengenai kesahihannya. Apa-apapun sama-sama kita tunggu tuan empunya badan sendiri tampil ~

[SUMBER]

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here