Ujian Geekbench Tertiris!!! Samsung Galaxy Note 10 Mungkin Hadir Dengan Sokongan 12GB!

619

Khabar angin Samsung Galaxy Note 10 semakin banyak di laman sesawang, kini terdedah pula ujian Geekbench pada kod nama SM-N976V dan SM-N976B yang boleh dipercayai adalah Samsung Galaxy Note 10 versi global.

Menurut info tertiris dari Geekbench, peranti dengan kod nama SM-N976V ini besar kemungkinan adalah Galaxy Note 10 5G versi Verizon. Ia menggunakan cip pemproses Snapdragon 855 berkelajuan 1.78GHz dengan sokongan 12GB RAM, skor single-core mencapai 3529, dan multi-core pula mencapai 10840.

Manakala untuk kod nama SM-N976B, ia hadir dengan cip pemproses Exynos 9825 dan sokongan 8GB RAM yang mungkin adalah versi global. Skor yang dicapai untuk single-core dan multi-core masing-masing adalah 3557 dan 9654.

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here