U Mobile Lancar Ekosistem Fintech – Perkhidmatan Kewangan Digital Terdiri Daripada GoPayz & GoBiz

518
- Iklan -

U Mobile hari ini memaklumkan bahawa mereka bakal menyediakan ekosistem fintech bermula Julai depan. Ekosistem komprehensif ini merupakan usaha syarikat untuk menceburi dunia fintech buat julung kalinya melalui dua platform berlainan – Go Payz & GoBiz.

Go Payz merupakan e-dompet yang menawarkan perkhidmatan kewangan dan gaya hidup digital mensasarkan kepada golongan pengguna. Manakala, GoBiz pula adalah penyelesaian penerimaan pembayaran digital yang dihasilkan untuk manfaat semua jenis perniagaan – baik perniagaan secara besar-besaran mahupun kecil-kecilan.

 

Berikut adalah ciri-ciri utama untuk Go Payz & GoBiz :

Go Payz

  • Perkhidmatan kewangan digital mampu milik – Pelbagai tawaran insurans, pertukaran mata wang dalam talian dan produk kewangan direka mengikut keperluan individu.
  • Diterima di mana-mana sahaja – Pelanggan boleh membuat bayaran di mana-mana sahaja (di dalam mahupun luar negara).
  • Boleh diakses pada bila-bila masa – Pelanggan boleh menjalankan semua urusan transaksi menerusi aplikasi mudah alih mereka dengan mudah.
  • Ganjaran hebat – Kumpul mata ganjaran kesetiaan daripada pelbagai transaksi untuk menerima ganjaran kejutan menerusi transaksi berkelayakan.
  • Keselamatan terjamin – Semua transaksi akan dijalankan secara selamat berdasarkan peranturan dan piawaian skim kad.

 

GoBiz

  • Proses permohonan yang mudah – Lulus dalam masa 3 hari bekerja.
  • Penyelesaian yang diperibadikan – Pemilik perniagaan boleh mendigitalkan penerimaan bayaran mereka dengan pelbagai penyelesaian seperti mobile point-of-sale (mPOS) atau mobile virtual terminal (MVT).
  • Penerimaan yang luas – GoBiz berkerjasama dengan Mastercard, UnionPay dan Visa sekaligus memberikan fleksibiliti kepada pemilik perniagaan untuk menerima bayaran daripada pelanggan tempatan serta antarabangsa.
  • Keselematan terjamin – Semua transaksi akan dijalankan secara selamat berdasarkan peraturan dan piawaian skim kad.

Sementara itu Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile berkata dengan GoPayz, mereka boleh menyediakan perkhidmatan kewangan digital mampu milik kepada semua. Pada masa sama, mereka turut menawarkan GoLife Plus – insurans mikro dengan premium serendah RM13/bulan beserta perlindungan sehingga RM76,000.

Tambahnya lagi, GoBiz juga akan menawarkan manfaat kepada ramai individu – baik pengguna mahupun perniagaan. Untuk maklumat lanjut, sila layari Go Payz dan GoBiz.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here