[ Tertiris ] : Sarung Pelindung Samsung Galaxy Note 10 Bocor – Tiada Ketersediaan Bicu Audio?

353
- Iklan -

Kecoh di media sosial selepas tersebarnya beberapa imej memaparkan rekaan sarung pelindung Samsung Galaxy Note 10 yang mana mengesahkan sejumlah desas-desus yang bertiup sebelum ini.

Memetik imej tersebar, terdapat potongan panjang pada sudut kiri di bahagian belakang – disusun secara vertikal. Selain itu, terdapat satu lagi potongan tunggal bersebelahan potongan tersebut.

Jika diteliti, tiada sebarang potongan untuk bicu audio yang dilihat. Namun, paling menarik perhatian raman adalah terdapat lubang kecil pada bahagian atas – spekulasi mendedahkan ia dijangka menempatkan pemancar infra merah.

Pun begitu, segala maklumat tertiris hanyalah ‘rumors’ sahaja dan masih tidak diketahui mengenai kesahihannya. Apa-apapun sama-sama kita tunggu tuan empunya badan sendiri tampil ~

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here