[TERTIRIS] : Rekaan Pelindung Skrin Samsung Galaxy Note 10 Muncul – Hadir Dengan Bezel Sangat Nipis?

374
**********

Sejak dua menjak ini, makin kerap kita ‘disajikan’ dengan berita ketirisan mengenai pendatang baru Samsung iaitu Samsung Galaxy Note 10. Meskipun masih berteka-teki mengenai model ini, namun maklumat tertiris yang muncul sedikit sebanyak dapat memberi gambaran mengenainya.

Terkini, muncul satu maklumat mendedahkan bahawa rekaan pelindung skrin untuk Galaxy Note 10 kini muncul di arena web. Imej tersebar memaparkan peranti ini bakal hadir dengan rekaan “mengiurkan” bersama bezel yang sangat nipis pada bahagian sisi serta atas. Pun begitu, bezel pada bahagian “dagu” kelihatan sedikit tebal.

Walau bagaimanapun, maklumat tertiris masih lagi ‘rumors’ dan belum diketahui kesahihannya. Jadi, sama-sama kita tunggu kemunculan tuan empunya badan sendiri dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

[SUMBER]

___________________________________________________________________

Artikel Berkaitan:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here