[TERTIRIS] : Reka Bentuk HUAWEI Nova 5i Muncul Di TEENA – Sokong Empat Kamera Utama

242
**********

Media sosial kebelakangan ini dibanjiri dengan berita mengenai pewaris baru HUAWEI iaitu HUAWEI Nova 5. Terbaru, heboh pula diperkatakan reka bentuk untuk HUAWEI Nova 5i telah pun tertiris di laman TEENA.

Memetik maklumat tersebar, HUAWEI Nova 5i bakal muncul dengan rekaan skrin berlubang dan ketersediaan empat kamera utama. Kamera in disusun secara menegak pada sudut kiri (terdapat LED Flash). Pengimbas cap jari fizikal berbentuk bulat turut terbina pada panel belakang. Jika diteliti, terdapat logo penjenamaan HUAWEI pada bahagian bawaH dan pada sisi kanan terlihat adanya butang kuasa serta laras suara.

Walau bagaimanapun, maklumat tertiris masih lagi ‘rumors’ dan belum diketahui kesahihannya. Jadi, sama-sama kita tunggu kemunculan rasminya pada minggu hadapan – 21 Jun 2019. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

[SUMBER] , [SUMBER 1], [SUMBER 2]

___________________________________________________________________

Artikel Berkaitan:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here