[ TERTIRIS] : ASUS ROG Phone 2 Dijangka Sokong Paparan Skrin 120Hz?!

ASUS ROG Phone sememangnya menjadi kegilaan ramai yang obses dengan permainan mudah alih. Terus memberikan terbaik, ASUS dilihat semakin rancak membawa pewaris baru untuk smartphone gaming iaitu ASUS ROG Phone 2.

Memetik maklumat tersebar, ASUS ROG Phone 2 bakal tampil dengan penambahbaikan luar biasa dari segi luaran mahupun dalaman. Paling menarik perhatian ramai adalah ia dijangka hadir dengan sokongan paparan skrin 120Hz.

Perkara ini didedahkan menerusi sebuah poster acah yang memaparkan gambaran animasi dalam dua paparan berbeza iaitu 60Hz dan 120Hz. Menariknya mengenai paparan 120Hz – menyajikan setiap pergerakan dalam skrin lebih lancar.

Sebelum ini, terdapat desas-desus mengatakan enjin ASUS ROG Phone 2 bakal menggunakan cip Snapdragon 855 bersama sistem penyejukan dinaiktaraf. Lebih mengujakan, ia dijangka didatangkan dengan pilihan memori sehingga 12GB RAM.

Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi rumors dan untuk ketahui lebih lanjut, sama-sama kita nantikan kemunculan rasminya. Mungkin ASUS mempunyai kejutan istimewa? Kekal bersama eRing untuk update terkini!

[SUMBER]

You might also like