Tak Pernah Ada!!! iOS 13 Tampil Dengan Peringatan Apabila Anda Membuang Aplikasi Yang Masih Aktif Langganan!

589
- Iklan -

iOS 13 telah rasmi diumumkan pada WWDC 2019 lalu, versi beta turut diedarkan dan terkini versi beta 2 telahpun disediakan dengan satu ciri menarik yang tidak pernah ada pada Apple.

Menurut twitter Federico Viticci, peringatan akan disertakan apabila anda ingin membuang aplikasi yang masih aktif langganannya. Bermakna, anda akan diberi penerangan bahawa jenis langganan yang sedang aktif serta tarikh pembaharuan langganan.

Tambahan lagi, menerusi peringatan ini juga membolehkan anda menguruskan langganan melalui “manage subscription”. Di samping anda boleh memilih butang “keep” di bawah peringatan tersebut sekiranya ingin meneruskan langganan.

Kemas kini iOS 13 dijangka akan diedarkan pada September tahun ini.

[ SUMBER ]

________________________

BACA JUGA:

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here