Samsung Umumkan Siri Q Soundbar Baharu, Dioptimumkan Oleh QLED TVs dan True Surround Audio

325
**********

Samsung Malaysia Electronics telah mengumumkan soundbar Siri Q terbaharu yang disertakan dengan teknologi Samsung Acoustic Beam dan ciri Adaptive Sound yang baharu. Kerjasama di antara Samsung Audio Lab dan Harman Kardon pastinya memberikan kelebihan bagi model HW-Q90R, HW-Q80R, HW-Q70R dan HW-Q60R mempamerkan aksi terbaik.

HW-Q70R & HW Q60R

Bagi 2 model ini, ia mampu menganalisis kandungan yang dimainkan menerusi viewer’s TV dan melaraskan tetapan mengikut scene. Model ini mampu menukar secara automatik kepada adaptive sound mode apabila Samsung 2019 QLED TV disambungkan dan pastinya mod AI akan dihidupkan. Ia turut ditawarkan dengan Samsung’s proprietary Acoustic Beam technology.

HW-Q70R disertakan dengan Dolby Atmos and DTS:X immersive dan 360-degree surround sound technology. Justeru pengguna boleh menikmati pengalaman sistem bunyi yang menakjubkan di kediaman anda.

HW-Q90R & HW Q80R

Samsung turut membawakan pengalaman 3D sound menerusi model HW-Q90R dan HW-Q80R. Menariknya Q80R ini dilengkapi dengan 13 speaker termasuklah 2 upward-firing dan 2 bahagian firing speaker. Dalam pada itu, bagi Q90R, ia dihadirkan dengan 17 speaker termasuklah 4 upward-firing speaker dan 2 bahagian firing speaker. Ia membenarkan kedua-dua speaker ini memberikan bunyi yang mempersonakan.

Sebagai tambahan, HW-Q90R dihadirkan dengan Wireless Rear Speaker Kit (2 speaker) yang memberikan kepada pengguna pengalaman bunyi tanpa wayar yang mengagumkan. HW-Q90R dan HW-Q80R turut dihadirkan dengan sambungan tanpa wayar ke Samsung TV via Wi-Fi. Ia turut boleh dikawal dengan alat kawalan jauh Samsung TV.Bagi memudahkan integrasi ke dalam hidup pengguna, Q-Series sound bars baharu ini dihadirkan dengan sambungan Bluetooth yang membenarkan pengguna menikmati muzik berkualiti tinggi dari telefon pintar mereka,

Berikut adalam harga bagi model soundbar ini:

Model

Harga 

HW-Q90R

RM 6,499

HW-Q80R

RM 4,999

HW-Q70R

RM 3,399

HW-Q60R

RM 2,599

Samsung Q series sound bars kini telah tersedia di ke semua Samsung Experience Stores dan pengedar sah.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here