Samsung Galaxy M40 Diperkenal – Sokong Tiga Kamera Utama + Rekaan Skrin Berlubang

592
- Iklan -

Selepas menerima sambutan meriah daripada pengguna, Samsung kini muncul dengan sebuah lagi pewaris baru untuk barisan Siri Galaxy M iaitu Samsung Galaxy M40. Peranti ini dilihat hadir dengan penawaran yang dipertingkatkan dan menarik.

Samsung Galaxy M40 menggunakan skrin berukuran 6.3″ HD+ LCD dengan rekaan paparan berlubang. Ia dijana oleh cip Snapdragon 675 dan dibantu RAM sehingga 6GB dan ROM 128GB. Melengkapinya, bateri 3500mAh (melalui USB-C) dengan pengecasan 15W.

Untuk kamera, Samsung Galaxy M40 didatangkan tiga kamera utama dengan gabungan lensa 32MP + 5MP + 8MP. Selain itu, ia turut diiringi lensa sebesar 16MP untuk kamera swafoto. Tidak terhenti disitu, ia turut menyokong rakaman video sehingga resolusi 4K.

Lebih menarik, Samsung menyertakan teknologi bunyi menerusi paparan (Screen Sound) untuk model kali ini. Tidak ketinggalan, terdapat ketersediaan pengimbas cap jari fizikal pada panel belakang peranti.

Samsung Galaxy M40 ditawarkan di pasaran India pada harga INR19,990 (kira-kira RM1,194). Pun begitu, tiada sebarang maklumat lanjut mengenai ketersediaan untuk pasaran tempatan yang diperoleh buat masa ini. Sama-sama kita tunggu!

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here