Samsung Galaxy Fold 2 Dijangka Hadir Dengan Sokongan Paparan 8 Inci & Stylus S-Pen?

Samsung Galaxy Fold masih belum menjengah pasaran, kini muncul pula beberapa khabar angin mengenai Galaxy Fold 2. Memetik beberapa sumber, Samsung didakwa sedang membangunkan Galaxy Fold generasi kedua dengan spesifikasi yang lebih baik.

Sumber berkata, Galaxy Fold 2 dijangka membawakan paparan skrin lebih besar sehingga 8 inci dan dilengkapi sokongan stylus S-Pen – namun tidak mendedahkan sebarang butiran lain mengenai reka bentuk mahupun spesifikasi. Jika perkara ini benar, ia bakal menawarkan saiz yang setanding dengan HUAWEI Mate X. Galaxy Fold 2 dijangka masih mengekalkan rekaan terbuka seperti generasi sebelum ini dan menurut sumber juga, Samsung dijangka melepaskan model ini pada awal tahun 2020.

Pun begitu, maklumat tertiris hanyalah ‘rumors’ dan masih tidak diketahui mengenai kesahihannya. Sedia maklum, Samsung menangguhkan pelancaran Galaxy Fold ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian berikutan isu kualiti.

[SUMBER , SUMBER 1]

You might also like