‘Penampakan’ Xiaomi CC9 Lebih Jelas, Dedah Reka Bentuk Peranti – Sokong Tiga Kamera Utama?

535
- Iklan -

Xiaomi dijangka memperkenalkan pewaris baru mereka iaitu Xiaomi CC9 pada 2 Julai 2019 dalam sebuah acara pelancaran yang dijadualkan berlangsung di Beijing, China. Menjelang pelancaran, Xiaomi makin kerap mengacah mengenai peranti ini.

Terbaru, rekaan Xiaomi CC9 kini berlegar-legar di media sosial. Cukup menawan! Itulah reaksi yang terkeluar daripada bibir kami selepas mengetahui mengenainya. Memetik imej tersebar, peranti ini dijangka membawakan rekaan berasaskan kaca pada panel belakang bersama sisi lengkung.

Memetik imej tersebar, peranti ini dilihat membawakan ketersediaan tiga kamera utama yang disusun secara menegak pada sisi kiri. Terdapat ketersediaan LED Flash diletakkan pada bawah kamera utama. Jika diteliti, bahagian bawah peranti terdapat sambungan USB-C dan pembesar suara. Tidak ketinggalan, terdapat juga penjenamaan “Xiaomi” pada panel belakang peranti.

Imej tersebar dikongsi sendiri oleh oleh CEO Xiaomi, Lei Jun dan Xiaomi dijangka memperkenalkan sekurang-kurangnya dua model iaitu Xiaomi CC9 dan Xiaomi CC9 edisi Meitu. Teruja? Sama-sama kita tunggu!

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here