Peluang Menang OPPO Reno Dengan Kad Kredit / Debit Public Bank!

610
- Iklan -

Diperkenal secara rasmi pada Mei lepas, kemunculan siri OPPO Reno ternyata memberikan hembusan “angin” baru dalam dunia telefon pintar. Ramai yang tidak jemu bercakap mengenai kehebatannya yang tiada tolok banding.

Nampaknya kejutan OPPO tidak habis lagi! Makin berganda-ganda! Kini, OPPO hadir dengan kejutan yang menarik khas untuk pemegang kad kredit dan kad debit Public Bank pula. Eh? Biar betul?

OPPO kini menganjurkan peraduan cabutan bertuah khas buat pemegang kad kredit dan kad debit Public Bank! Peraduan ini menawarkan pelbagai hadiah menarik dan lumayan untuk dimenangi termasuk OPPO Reno (RM1,999) dan WeLoop Neo Smartband (RM389).

Peraduan ini tertakluk pada terma dan syarat iaitu  pembelian harus dibuat secara walk-in dan dibayar menggunakan kad debit / kredit Public Bank untuk penyertaan yang sah. Mana-mana pemegang kad yang membeli OPPO Reno (Standard Edition) layak mendapat 1 penyertaan cabutan bertuah.

Seterusnya, mereka yang membeli OPPO Reno 10x Zoom pula layak mendapat 2 penyertaan dan pelanggan yang membeli siri OPPO Reno menerusi pelan ansuran akan menerima 3 penyertaan. Menarik kan?

JENIS PEMBELIAN  KELAYAKAN 
OPPO RENO (STANDARD EDITION) 1 PENYERTAAN
OPPO RENO 10X ZOOM 2 PENYERTAAN
SIRI OPPO RENO MENERUSI PELAN ANSURAN 3 PENYERTAAN

6 pemenang dipilih secara rawak dan pemenang hadiah utama berpeluang membawa pulang OPPO Reno (Standard Edition)! Peraduan berlangsung bermula SEKARANG – 30 Jun 2019 di 137 OPPO outlet yang mengambil bahagian (termasuk Roadshow OPPO Reno 10x Zoom Di Sunway Pyramid). Untuk maklumat lokasi KLIK PAUTAN INI.

___________________________________________________________________

Artikel Berkaitan:

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here