OPPO Reno 10x Zoom Tampil Dengan Pengalaman Audio Terbaik Melalui Sokongan Dolby Atmos & 3D Audio

434

Selepas dirasmikan pada Mei lalu, kemunculan  OPPO Reno 10x Zoom menjadi buah mulut ramai.  OPPO Reno 10x Zoom merupakan sebuah peranti yang seimbang – baik dari segi reka bentuk mahupun spesifikasi. Memang lain daripada yang lain!

Dilengkapi pembesar suara stereo, OPPO Reno 10x Zoom mampu memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna. Speaker utama dipasang pada bawah peranti, manakala speaker kedua pula berada di atas peranti – menciptakan pengalaman audio mempersonakan apabila kedua-duanya dimainkan secara serentak.

Selain itu, OPPO Reno 10x Zoom juga ditanam dengan sokongan teknologi Dolby Atmos penambahbaikan audio mudah alih baru menyajikan kualiti bunyi lebih baik – membolehkan pungguna menikmati kepuasan menonton dengan kesan bunyi terbaik. Ternyata sangat menarik dan unik!

Tidak terhenti di situ, OPPO Reno 10x Zoom juga didatangkan dengan ciri-ciri menarik seperti Audio 3D dan Audio Zoom. Ciri khas ini tertanam tertanam dalam tiga mikrofon peranti bertujuan menangkap bunyi dengan lebih sempurna. Audio zoom membolehkan pengguna dinamik dan menonjolkan bunyi agar sesuai dengan video yang di zoom.

Ditawarkan pada harga RM3,399, OPPO Reno 10x Zoom telah pun tersedia untuk sesi pra-tempah sehingga 17 Jun 2019. Bagi yang berminat, pra-tempah boleh dibuat menerusi beberapa saluran berbeza termasuk OPPO Online Store, Lazada dan Shoopee. Maklumat lanjut, layari OPPO Malaysia.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here