Nokia Melancarkan Peranti Kelas Permulaan Nokia 2.2 – Beroperasi Android One Pie

574
- Iklan -

Sebuah lagi peranti mampu milik dari Nokia telah dilancarkan di pasaran India baru-baru ini. Peranti yang diberi nama Nokia 2.2 ini menggunakan sistem operasi Android One Pie, dijana cip pemproses MediaTek Helio A22 berkelajuan 2GHz, bersama sokongan 2GB/3GB RAM dan 16GB/32GB ROM.

Nokia 2.2 dilengkapi dengan paparan skrin 5.71 inci HD+, rekaan skrin berlubang kecil ini dibekalkan sebuah lensa swafoto beresolusi 5MP, sementara kamera utama 13MP tersedia di panel belakang bersama LED flash.

Ia mempuyai kapasiti bateri sebesar 3000mAh, butang Google Assistant turut disertakan pada sisi kanan kerangka. Peranti ini ditawarkan pada harga bermula Rs6999 (~RM420) di India.

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here