**********

SNS Network sebelum ini telah hadir dengan peranti mampu milik di bawah jenama JOI, kini mereka memperkenalkan lagi beberapa komputer dan tablet 2-dalam-1 yang cukup memenuhi permintaan orang ramai.

JOI Book Touch 300 – Komputer Riba Fleksibel 

JOI Book Touch 300 merupakan sebuah komputer riba fleksibel di mana ia boleh digunakan dalam pelbagai mod seperti komputer riba, tablet atau mod bentuk khemah (tent). Peranti yang boleh diputar 360º ini dikuasai pemproses Intel® Celeron® N4000 dengan kad grafik Intel® UHD Graphics 600 (Gen 9) bagi prestasi yang memuaskan!

JOI Active Pen Pro 300 baharu ini telah dipertingkatkan dengan sokongan Palm Rejection serta 1,024 titik tekanan yang mampu melakukan kerja kreatif tanpa masalah. Sistem keselamatan tetap terjamin dengan adanya pengimbas cap jari serta Windows Hello yang menawarkan pengalaman melayari Internet yang lebih lancar.

Spesifikasi JOI Book Touch 300
  • Windows 10 Home
  • 13.3″ FHD IPS (1920 x 1080 piksel)
  • 4GB LPDDR4 RAM / 32GB ROM
  • Dual band Wi-Fi 802.11 b/g/n/ac, Bluetooth 4.0
  • Kamera Hadapan 2MP
  • Kapasiti bateri 38Wh
  • 319.2 x 210.4 x 15.6mm / 1.54kg

 

JOI Book 150 – Komputer Riba Nipis Berprestasi Tinggi

Siri JOI Book bertambah ahli baharu lagi! JOI Book 150 kini lebih nipis dan lebih power! Dilengkapi dengan pemproses baru Intel® Celeron N4100 dengan kad grafik Intel® UHD Graphics 600, JOI Book 150 mempunyai reka bentuk logam premium dengan bezel nipis hanya 3mm.

Menyokong sistem operasi yang paling mesra pengguna, Windows 10 Home bersama memori 4GB LPDDR4 RAM serta 32GB ROM yang masih boleh diperluaskan dengan kad microSD 64GB dan 512GB SSD SATA.

Selain dua produk baharu yang disebut di atas, JOI masih ada komputer riba serba boleh yang boleh dipilih antaranya JOI 11 Pro 64GB, JOI Book 100 dan JOI 10 Flip.

Sekiranya anda berminat untuk mencuba sendiri komputer menarik ini, boleh kunjungi kedai GLOO yang terdekat dan membawa balik hadiah percuma thermos flask atau beg kelengkapan peribadi.

Kunjungi jerayawara di tempat-tempat berikut:

  1. Nilai University – 12hb Jun
  2. AEON Kinta City – 15hb ~ 16hb Jun
  3. Aeon Bandar Utama & Aeon Kinta City – 21hb ~ 22hb Jun
  4. Shang Wu Chinese School, Penang – 23hb Jun

Maklumat lanjut, hubungi di talian 1-700-817-616, atau semakan kedai terdekat di bit.ly/GlooStores.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here