Mozilla Bakal Tawar Sejumlah Perkhidmatan Berbayar Oktober ini?

270
- Iklan -

Mozilla yang terkenal dengan integrasi enjn cariannya kini memacu ke hadapan apabila bakal menawarkan lebih banyak penawaran yang mana ia akan meningkatkan pendapatan mereka.

Menurut Mozilla dalam satu wawancara menyatakan bahawa mereka akan menawarkan sejumlah perkhidmatan berbayar kepada pengguna tidak lama lagi. Ia bakal diperkenalkan seawal Oktober ini.

Antara perkhidmatan berbayar yang ditawarkan adalah storan awan yang lebih selamat dan peribadi serta sokongan VPN berbayar yang mana ia merupakan langganan bulanan.

Selain Firefox, Mozilla turut menawarkan perkhidmatan menerusi Pocket. Dikhabarkan, Mozilla bakal berkongsi lebih terperinci tentang hal ini pada Oktober nanti. Jadi, sama-sama kita nantikan!

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here