Microsoft Kongsi Konsol Generasi Baharu Yang Dikenali Sebagai Project Scarlett

229
**********

Dalam E3 2019, Microsoft telah berkongsi konsol generasi baharu yang mana ia dikenali sebagai Project Scarlett dan bakal diperkenal pada tahun hadapan.

Menariknya, konsol ini dikuasakan oleh sokongan grafik berasaskan binaan AMD Zen 2 dan Radeon RDNA. Ia sekali gus menawarkan sokongan permainan pada resolusi 8K. Ia turut menawarkan prestasi permainan pada kadar 120fps yang pastinya memberikan pengalaman bermain yang sangat mengujakan.

Tambahan lagi, ia turut didatangkan dengan sokongan sotoran SSD yang pastinya memberikan prestasi yang lebih pantas. Dikhabarkan ia adalah 4 kali lebih berkuasa daripada Xbox One X.

Jadi, sama-sama kita nantikan pelancaran konsol ini pada 2020!!!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here