Lenovo Perkenal Barisan Produk Gaming Baharu – Harga Bermula RM3,649

309
**********

Lenovo Malaysia hari ini mengumumkan ketersediaan barisan baru produk gaming keluarannya untuk pasaran tempatan. Barisan produk berkenaan adalah Lenovo Legion Y740, Lenovo Legion Y540, Lenovo Legion Y44w dan Lenovo IdeaPad L340 Gaming. Keempat-empat produk ini menggunakan pemproses Intel Core generasi ke- 9 dan menawarkan spesifikasi berbeza dengan keupayaan mengagumkan.

 

Lenovo Legion Y740

Lenovo Legion Y740 menggunakan skrin paparan bersaiz 15 inci bersama kadar segar semula 144Hz. Peranti ini didatangkan dengan NVIDIA G-SYNC display di samping menyokong teknologi Dolby Vision, Dolby Atmos dan Dolby Sound Radar. Tanda harga bagi peranti ini adalah bermula RM7,523.05 dan kini telah tersedia di pasaran tempatan.

 

Lenovo Legion Y540

Lenovo Legion Y540 pula menggunakan paparan skrin dengan saiz 15 inci dan dikuasakan dengan kad grafik GeForce RTX 2060. Berat peranti ini adalah sekitar 2.3kg. Lebih menarik, komputer riba ini boleh bertahan selama 6 jam dan disertakan sistem penyejukan dinaiktaraf – Coldfront Cooling System. Peranti ini turut menyokong teknologi Dolby Atmos dan Harman Kardon Speaker. Lenovo Legion Y540 ditawarkan pada harga bermula RM3,699.

 

Lenovo Legion Y44w

Lenovo Legion Y44w hadir dengan skrin paparan yang bersaiz luas iaitu sebesar 43.3 inci bersama kadar segar semula 144Hz. Paparan luas ini bukan sahaja memberi sudut penglihatan terbaik bahkan ia membolehkan pemain melihat latar permainan dalam mod panorama. Lenovo Legion Y44w juga boleh disambung dengan pelbagai peranti lain seperti desktop tower, notebook dan telefon pintar ke dalam satu skrin yang boleh diubahsuaikan. Peranti ini dijual pada harga bermula RM3,999.

 

Lenovo IdeaPad L340 Gaming

Lenovo IdeaPad L340 Gaming membawakan skrin bersaiz 15 inci dan berat sebanyak 2.1kg. Peranti ini menggunakan intel Core generasi ke-9 i7-9705H di samping kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1650. Untuk pengalaman permainan yang lebih baik, ia juga didatangkan dengan pilihan penyimpanan Intel Optane untuk pelancaran permainan yang lebih cepat. Lenovo IdeaPad L340 Gaming ditawarkan pada harga bermula RM3,649.

Bagi yang berminat, keempat-empat produk kini telah pun ditawarkan untuk pasaran tempatan. Anda boleh mendapatkannya menerusi beberapa saluran berbeza seperti pembelian atas talian dan kedai rasmi Lenovo di seluruh Malaysia. Untuk maklumat penuh dan lanjut berkenaan produk, sila layari Lenovo Malaysia.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here