Kerjasama Samsung & AMD – Membawa Teknologi Grafik Berprestasi Tinggi Pada Peranti Pintar

407
- Iklan -

AMD dan Samsung Electronics Co., Ltd. hari ini mengumumkan perkongsian mereka dalam menawarkan teknologi grafik AMD Radeon berkuasa tinggi pada peranti pintar Samsung, di samping perlesenan teknologi grafik AMD Radeon juga akan diberikan pada peranti pintar keluaran Samsung.

Sedia maklum teknologi grafik AMD Radeon sedia digunakan pada komputer dan konsol permainan, jadi perkongsian kali ini dapat memperluaskan penggunaan grafik Radeon yang berprestasi tinggi ke dalam pasaran peranti mudah alih.

Peranti Samsung yang manakah akan menjadi pertama menyokong cip grafik AMD Radeon? Sama-sama kita nantikan berita seterusnya dari Samsung atau AMD.

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here