Kemeriahan Berganda, Roadshow OPPO Reno 10x Zoom Terima Sambutan Luar Biasa!

418
- Iklan -

OPPO Malaysia mengadakan siri roadshow khas OPPO Reno 10x Zoom bersempena memeriahkan lagi kehadiran peranti tersebut di pasaran tempatan. Roadshow berlangsung di Sunway Pyramid bermula semalam sehingga 30 Jun 2019.

Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung termasuk ganjaran lumayan sehingga RM40,000 untuk dimenangi dan sesi bertemu selebriti tempatan seperti Amyra Rosly, Phei Yong, Elfira Loy dan banyak lagi.

Selain itu, OPPO juga bekerjasama dengan sejulan syarikat telekomunikasi terkemuka seperti Celcom dan Maxis bagi memberikan tawaran menarik buat pengguna dengan pelan mudah alih mesra bajet.

Antaranya, pengguna Celcom boleh memiliki siri OPPO Reno secara persuma dengan pelan Celcom – tawaran ini juga didapati di EasyPhone dengan serendah RM91/bulan. Sementara itu, pelanggan MaxisONE 188 pula boleh mendapatkan OPPO Reno 10x Zoom dengan serendah RM105/bulan.

Tersedia dalam dua versi, OPPO Reno (standard) dijual pada harga RM1,999. Manakala, OPPO Reno 10x Zoom pula berharga RM3,399. Setiap pembelian OPPO Reno 10x Zoom didatangkan dengan hadiah eksklusif termasuk Gimbal Stabiliser (RM599), lanjutan jaminan waranti dan jaminan perlindungan skrin selama setahun (RM139 setiap satu).

Selain itu, OPPO juga menawarkan program tukar beli untuk pengguna trade-in smartphone lama dan tukar kepada siri OPPO Reno baru. Menariknya, penjimatan adalah sehingga RM1,250! Maklumat lanjut KLIK PAUTAN INI.

Bagi yang berminat untuk membeli dan merasa sendiri pengalaman ‘bermain’ dengan peranti baru OPPO ini, anda boleh berkunjung ke siri roadshow ini! Jangan lupa juga ajak ahli keluarga dan kawan-kawan okay! Maklumat lanjut, OPPO Malaysia.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here