HUAWEI Nova 5 Bakal Diperkenal Kepada Umum Pada 21 Jun 2019!

603

Sekian lama banyak berita tertiris mengenai HUAWEI Nova 5 berlegar-legar di media sosial, HUAWEI akhirnya mendedahkan tarikh rasmi untuk pelancaran model tersebut – 21 Jun 2019 dalam sebuah acara berlangsung di China! HUAWEI dijangka memperkenalkan dua model – HUAWEI Nova 5 & HUAWEI Nova 5i.

Perkara tersebut telah dikongsi sendiri oleh pihak HUAWEI menerusi perkongsian video pendek berdurasi 10 saat di laman Weibo mereka. Pun begitu, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi penuh yang dikongsi buat masa ini dan mungkin kita bakal mengetahuinya kelak! Sama-sama kita tunggu!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here