HUAWEI MediaPad M6 Dijangka Turut Muncul Pada Pelancaran HUAWEI Nova 5!

474
- Iklan -

KEJUTAN LAGI! Untuk pengetahuan semua! Selain daripada siri HUAWEI Nova 5, pendatang baru untuk segmen tablet keluaran HUAWEI iaitu HUAWEI MediaPad M6 dijangka turut muncul pada 21 Jun 2019.

Memetik maklumat tersebar, model ini hadir dengan beberapa penambahbaikan seperti rekaan bezel lebih nipis dan didatangkan ‘lubang’ kegemaran ramai iaitu bicu audio 3.5mm. Desas-desus turut mengatakan enjin dalaman peranti ini bakal dijana oleh cip pemproses Kirin 970.

Walau bagaimanapun, maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui kesahihannya.  Sama-sama kita tunggu kemunculan tuan empunya badan sendiri. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here